Wigan A. 3
* Bramble 16,
* Rodallega (pen) 53,
* Scharner 90
Chelsea 1
* Drogba 47
_______________________________________________________________________________________
Setiap yg bermula pasti akan berakhir, begitulah juga dengan rekod 100% kemenangan Chelsea yg telah pun berakhir di DW Stadium kepada Wigan Athletic.
Wigan Athletic yg sebelum ini dibelasah oleh Man. Utd (5-0) dan Arsenal (4-0) telah menunjukkan peningkatan ketara ketika bertemu Chelsea.
Wigan bermula garang dan mendapat jaringan pendahuluan pada minit ke-16, hasil sepakan sudut pendek Rodallega, menemui N'zogbia sebelum beliau melakukan 'cross' menarik kepada Titus Bramble yg mudah menanduk masuk bola melepasi Petr Cech.
Chelsea yg tanpa tonggak tengahnya Ballack (direhatkan dihari lahirnya yg ke-33) walaubagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Drogba pada minit ke-47. Namun nasib tidak menyebelahi Chelsea dimana Petr Cech dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Rodallega didalam kotak penalti, sekaligus menghadiahkan gol ke-2 Wigan menerusi tendangan penalti deras Rodallega.
Chelsea yg cuba bangkit dikejutkan gol ketiga Wigan oleh Paul Scharner diminit akhir perlawanan.
"Mane jalan kluar ref...??" tanya Cech pada ref Phil Dowd
"Ko jalan terus, nampak simpang 1st ko jgn belok, jalan je terus......" balas ref
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment