XEREZ Club Deportivo, S.A.D atau Xerez adalah sebuah kelab Sepanyol yg berpangkalan di Jerez de la Frontera, Andalusia. Ditubuhkan pada September 24, 1947.Musim ini (09/10) merupakan musim pertama Xerez di La Liga yakni selepas 62 tahun penubuhannya.
Seperti menjadi kebiasaan di Eropah, pasukan yg baru dinaik taraf liga utama akan pasti menghuni tangga terbawah liga dan jika bernasib baik atas terus kekal untuk musim seterusnya. Begitu juga dengan pasukan muda ini, dimana mereka kini awal-awal lagi telah dianggap pasukan tercorot seluruh Eropah.
Ini adalah berdasarkan rekod 'hampeh' mereka diawal musim dengan rekod kekalahan kesemua 4 perlawanan pertama, melepaskan 11 biji gol dan masih belum menjaringkan sebarang gol lagi.
Sebelum mereka pergi meninggalkan La Liga dihujung musim mari kita saksikan bagaimana Real Madrid memberi pengajaran berguna buat pasukan kerdil ini..... apapun VIVA LA XEREZ... Haha...!!
p/s: saya benci Real Madrid... hihihi...
No comments:
Post a Comment