The only football blog that covers reviews of EPL, La Liga, Serie A, Liga Super, Piala Malaysia, World Cup 2010 and all other football league around the world.
-BolaSepaKita-
Nama asal pasukan Man Utd adalah Newton Heath, manakala City digelar West Gorton (St. Marks) ketika ditubuhkan.
Sebelum perang dunia ke-2, para penyokong akan menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan secara bergilir-gilir (minggu ini tengok City.. minggu depan tengok United)
Selepas perang, permusuhan antara kedua-dua fan tiba-tiba meletus, dan penyokong mula terbahagi dua hingga kini.
Bagi mengelakkan dari tersingkir dari EPL, Man Utd wajib mencatatkan kemenangan keatas Man City pada tahun 1974. Namun ironinya bekas lagenda mereka sendiri, Dennis Law yg ketika itu mewakili City menendang masuk gol yg telah menyebabkan bekas kelabnya turun ke Division Dua. Kerana hampa dengan diri sendiri, Law terus bersara dari bola sepak.
Peter Schmeichel yg pernah bermain bagi kedua-dua pasukan mencatat rekod tanpa kalah di Manchester Derby. 9 kemenangan bersama United, 1 bersama City.
Wayne Rooney telah menjaringkan 5 gol dlm 5 perlawanan, telah menyamai rekod jaringan Carlos Tevez seluruh musim lepas. Sekiranya Rooney tidak menjaringkan gol dlm baki 29 perlawanan nanti, maka nilainya mungkin 25mil pound (harga perpindahan Tevez ke City).
No comments:
Post a Comment